Friday, November 20, 2015

MISEE 2015 TEASER



MISEE 2015 teaser untuk final events DEBAT SAHAM yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur,
TEaser ni adalah contoh corporate video yang saya rakamkan baru-baru ini di Hotel Zamsaham berdekatan Senai Airport, Johor Bahru.

About Us

Pengenalan


Pengasas

Hj. Abidin Bin Kadasak di lahirkan pada tahun 14 Februari 1958 berasal dari kampung dalam Daerah Pontian , Johor. 
Ketika umur seawal 5 tahun ,sekitar 1963 minat terhadap photography mula berada dalam jiwa, tetapi ketika itu tinggal dikampung dan kedudukan ekonomi keluarga amat terbatas tiada kemampuan membeli kamera. Ayah hanya mampu
membelikan kamera mainan . Kemungkinan juga ayah tidak tahu bahawa minat saya terhadap kamera . Semasa kanak-kanak kamera ketika itu dianggap satu alat photographer yang sangat mahal , sebab dalam satu kampung ketika itu hanya 2 orang sahaja yang mampu milik, sekiranya mahu menggunakan kamera terpaksa menyewa di kedai gambar dan Kos penggunaannya sangat mahal kerana teknologi ketika itu menggunakan manual seperti flash pakai buang dan menggunakan filem hitam putih . Untuk print gambar terpaksa menggunakan dark room ( bilik gelap) . Mencuci filem juga dibuat secara manual , setiap satu roll sahaja mengambil masa satu hingga dua jam untuk menghasilkan negatif . Negatif pula sangat sensitif terhadap cahaya .

Saya mempunyai kebolehan membaca Al-Quran , ketika umur 9 tahun, telah mewakili sekolah agama dan menjadi Johan sekolah-sekolah , menerima hadiah termasuk wang tunai oleh guru-guru dan keluarga sebagai galakan dan perangsang jumlah keseluruhan juga tidak sampai RM 20 . Saya pun mengambil peluang wang yang terkumpul untuk membeli sebuah kamera . Wang itu sekadar cukup untuk membeli kamera sahaja dan tambang dari kampung ke pekan yang jauhnya lebih kurang 10 batu . Kamera itu hanya boleh dilihat dan di simpan lebih kurang 6 bulan tidak dapat saya gunakan kerana tiada film . Tidak berani minta wang dari ayah atau ibu . Berjimat-jimat belanja sekolah ,saya hanya mampu menyimpan lebih kurang 20 sen seminggu disebabkan belanja sekolah hanya 15 sen sehari , bersekolah dari jam 7 pagi hingga jam 3.30 petang tanpa membawa bekalan makanan . Wang telah terkumpul lebih kurang RM 3 pergi pekan hanya semata-mata bertujuan membeli film, kemudian pulang dan menyimpan dengan rasa sayang untuk menggunakannya , menunggu tarikh dan masa dan keadaan sesuai untuk memulakannya . Majlis sambutan Maulidul Rasul di masjid, saya menggunakan kamera tersebut untuk mengambil gambar kenangan yang terpaksa digunakan secara amat berjimat dan cermat kerana filem hanya boleh mengisi snap expose sebanyak 12 keping sahaja . Memikirkan pula bagaimana cara untuk dihantar print gambar .

Abang sepupu (HJ Zubir ) yang bersekolah menengah di SDBL Batu Pahat juga mempunyai minat yang sama tetapi tidak memiliki kamera , telah menyertai persatuan seni photo sekolah menawarkan untuk mencuci filem dan print gambar yang saya ambil di majlis maulud tersebut dengan hanya RM 1.
Kepuasan dan kegembiraan amat terasa ketika mendapat hasil gambar yang saya ambil walaupun hitam putih hanya 8 keping dari 12 keping disebabkan tangan goyang dan tidak cukup cahaya . Selepas itu kamera itu juga saya gunakan untuk apa jua kegiatan disekolah,rombongan sekolah atau sekadar suka-suka .

Minat terhadap photography diteruskan dengan menyertai Persatuan Seni Foto dan Cinima Sekolah Menengah Rengit ( Nama sekarang Sekolah Tun Sardon ) . Membeli sebuah kamera yang lebih baik sedikit hasil upah membantu bapa saudara berkebun kelapa dimana ketika itu kesempatan itu didapati disebabkan ayah saya pergi menunaikan Haji dan musim cuti sekolah . Saya mempelajari cara memproses gambar secara manual (Hitam putih ) . Banyak kegiatan sekolah dapat saya ambil seperti sukan,majlis-majlis dan kegiatan disekolah . Bermulanya gambar-gambar berwarna diperkenalkan , penggunaannya belum meluas , gambar hitam putih masih boleh diterima oleh orang ramai. Pada masa itu televisyen dan cinema ( wayang gambar ) terutama filem Melayu masih hitam putih. Pemilik TV berwarna juga terhad kepada orang berada , selain faktor ketiadaan bekalan elektrik di kampung-kampung sedangkan di pekan tempat saya belajar juga masih menggunakan jeneretor .


Saya tidak melanjutkan persekolahan, hanya setakat SPM kerana kedudukan ekonomi dan kewangan ibu bapa. Saya terpaksa mencari kerja di Sebuah kilang kopi milik bapa saudara sebagai jurujual pada tahun 1976 .Tidak lama kemudian .saorang rakan sekampung (AllahYarham Mohd Yasin Gani ) yang menawarkankepada saya sebuah kamera berjenama Olympus poket dengan bayaran ansuran , amat baik resolosi gambar nya ketika zaman nya . saya mulakan karia juru gambar free lance majlis perkahwinan gambar berwarna tetapi sekadar suka-suka masih menggunakan cara berhemah dan cermat . Hasilnya dijual terutama kepada pengantin dan orang yang ada dalam gambar dengan harga RM1. Terasa sayang sekiranya ada orang yang minta diambil gambar saorang sahaja dan apatah lagi sekiranya sudah bergambar kemudian enggan membeli gambarnya atau tidak mahu membayar dan tidak kurang mengambil gambar cara hutang dan terus lupa . Berbagai bagai dugaan dan pengalaman dilalui menjadikan semangat terus membara dan tidak putus asa . Sikap ingin maju dalam bidang ini berterusan ,
Kamera Olympus milik saya itu adalah kamera poket dan auto fokus , tetapi saya bercita-cita membeli SLR . Saya mengumpul wang untuk membeli kamera yang lebih baik dan jenis SLR , Kemampuan amat terhad , tiada bimbingan dan hanya berdasarkan pengalaman . Dengan rasa berat hati meminjamkan kamera kepada abang sepupu yang tidak tahu apa-apa dengan kamera , selama hampir 6 bulan , tidak dapat dihubungi , kemudahan telefon juga terhad . Malangnya kamera yang dipinjam oleh abang sepupu saya telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi . Tidah mahu mengganti .

Pada tahun 1981 mendapat pekerjaan di Jabatan Kerajaan . Sedang membuat kerja di Pejabat Pos Komtar , Saorang petugas dari GPO telah masuk kepejabat saya dengan menyandang sebuah kamera jenis SLR berjenama . Saya mengambil kesempatan mengambil gambar kenangan, amat gembira setelah beliau tahu saya meminati photography dan menyuruh saya membeli kamera. Kekurangan wang tidak menghalang untuk membeli kamera . Allahyarham Buang memberi saya perangsang , menggalak , membimbing dan membantu saya membeli kamera
dengan menjadi ahli koperasi Pos Nasioanal (KOPONAS) . Selepas itu En Buang menambah hoby nya dengan membeli kamera video . Saya mula tertarik dengan video pula , tetapi tertangguh atas sebab menumpukan terhadap kamera still .
Lama juga kamera yang saya beli melalui koperasi tidak mendapat hasil mungkin disebabkan penglibatan dikawasan saya baru berpindah dari kampung ke Bandar Johor Bahru.Susah mencari pasaran kerana saya tidak dikenali . Tetapi saya sering membawa kamera ke majlis –majlis yang saya hadiri termasuk Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur dan sebagainya sekadar suka-suka . Saya tidak tahu rupanya saya diperhatikan oleh saorang anak muda ketika itu dan berkenalan dengan saya disatu majlis untuk menarik saya menyertai Kelab Seni Foto Raja Harun Reduan berpangkalan di KL dan mempelawa saya berkenalan dengan rakan beliau yang berada di JB . Saya diuji dengan mengambil gambar majlis perkahwinan yang kebetulan Ibu dan isteri beliau saorang juru andam . Memasuki hotel dan tempat-tempat yang saya tidak pernah masuk dan mengambil gambar-gambar pertunjukan fesyen , majlis Annual dinner dan keraian syarikat-syarikat dan sebagainya, sekadar mencari pengalaman dan pengetahuan .

Saya merasa konfiden dengan menerima tempahan mengambil gambar dimajlis perkahwinan secara pekej . Rupanya tempahan gambar perkahwinan pertama saya itu saorang pekerja kilang yang pekerjanya melebihi 2000 orang . Selepas itu dengan tidak disangka-sangka menerima tempahan gambar dari seluruh daerah dalam Negeri Johor termasuk Keluang, Pontian dan ada pula dari Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang . Saya amat bersyukur tempahan saya tidak putus-putus dengan arti kata tidak cukup tangan untuk mengatasi nya .

Tidak lama lepas itu Saya menyertai Kelab Seni Foto Raja Harun Reduan di Kuala Lumpur dan mengikuti Kursus secara Formal yang disampaikan sendiri oleh Yg Mulia Raja Harun Reduan dan Raja Nor Azmi . Pengetahuan seni dan teknik fotografi disampaikan cara detail dan latihan dibuat kesemua bidang termasuk fesyen,posting di tepi laut , sukan ,keraian , berita dan liputan akhbar , majalah dan sebagainya .

Galakan dan sokongan rakan-rakan ahli kelab yang bekerja tetap fotographer dari syarikat-syarikat atau badan badan berkaitan fotographer seperti Bernama, Berita Harian, Utusan Melayu , RTM , TV3, UTM dan lain lain syarikat besar seperti Johor Copratian , DS Promotion , Prokom serta Juru gambar media terkenal seperti Fuad Hashim, Fuad Ahmad , Hj. Mohamad RTM , Jefri Iran , Raja Jefri Kosmo dan lain lain memberi dorongan dan bimbingan dengan menceburi bidang Videography . Selain dari majlis perkahwinan diRaja, orang kenamaan dan termasuk majlis yang dihadiri oleh YAB menteri Besar Johor . Melalui syarikat Perokom anak syarikat Johor Copration menawarkan untuk membuat rakaman secara langsung menggunakan rakaman litar tertutup ceramah agama mingguan yang dijalankan setiap hari Jumaat selama 52 siri berturut-turut, disamping semua majlis pedoman pekerja, pedoman eksukutif , Pertandingan layang-layang dunia di Pasir Gudang , pertandingan memancing dan pertandingan menembak di kebanyakan anjuran anak syarikat Johor Copration seperti Perbandaran Pasir Gudang,  Sandora Berhad, membuat rakaman dokumentari Rusa di Johor Dear Farm dan banyak lagi..

Sebuah syarikat yang mengurus pementasan , pesembahan hiburan dan pengurusan Artis di majlis-majlis keraian iaitu DS Promotion memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat rakaman secara langsung (litar tertutup) ke majlis perayaan Sambutan Hari Kemerdekaan (12'oclock count down) dan Pengistiharan Majlis Perbandaran serta majlis-majlis pelancaran Orkestra Perbandaran Muar serta berbagai –bagai Annual Diner Bank serta keraianaitu D
ato` Naim. Selain dari itu ada juga saya menerima tempahan terus dari bahagian Hal Ehwal dan maeia dari Setiausah Kerajaan Negeri Johor untuk rakaman secara langsung di majlis Perasmian Bangunan Iskandar Johor oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor di Bangunan Mahkamah Syariah , Bangunan Islam dan Maahad Johor .

Pengalaman penggambaran diatas juga banyak di bantu oleh anak saya Iaitu Halil Husari, Faiz , Zulhilmi dan Zulfahmi, Anuar dan juga Fikri, dan yang juga menantu saya Shah yang juga meminati bidang photography, IT, dan juga produksi . Mereka saya latih darin pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang ini disamping mempelajari kawan-kawan. .

Sehingga sekarang ,masih lagi menerima tempahan untuk sebarang majlis dan keraian , ditambah dengan teknologi terkini iaitu IT, komputer dan internet . Bersedia membuat apa jua kerja-kerja berkaitan kamera dan video seperti iklan, dukumantari, siaran tertutup bagi anual diner, koprat video , pertunjukan pentas dan apa jua yang berkaitan dengannya .

Sekian,

Hj Zainal Abidin Bin Kadasak














ZPS PRODUCTION dahulunya dikenali sebagai ZPS Photo Servis kemudian dikenali dengan ZPS Photo & Videography Services telah mula beroperasi sejak tahun 1981 sehingga kini. kami telah menjalankan pelbagai tugasan termasuk dalam bidang penyiaran dan rakaman langsung,rakaman tertutup.

Diasaskan oleh Tuan Hj. Zainal Abidin sejak usia mudanya dan masih aktif dalam pengurusan dan pengendalian setiap tugasan yang di beri dan telah banyak melahirkan dan mengeluarkan produk serta tenaga mahir bertaraf profesional dan kini mereka memiliki kerjaya yang baik di dalam bidang yang diceburi.


Keutamaan pelanggan diutamakan dan setiap permintaan pelanggan amatlah dititik beratkan bagi menjaga kualiti produk dan perkhidmatan kami.

- Menyediakan khidmat jurugambar(photo/video),
- Menyediakan khidmat nasihat dalam penyediaan dan pengendalian Majlis (formal/tidak formal) juga pengandalian
- Menyediakan khidmat mengendalikan Events dan sebagainya.,
- Menyediakan khidmat karaoke, dan barangan audio dan pengacaraan.
- Menyediakan khidmat katering.
- Membekalkan barangan makanan frozen.
- Menyediakan khidmat pencetakan.
- Menjual dan membekal barangan dan kelengkapan kamera baru dan terpakai
- Menyediakan khidmat rundingan dan konsultant.
- Menyediakan khemah untuk di sewa (Kulai)
-Menyediakan khidmat profesional dalam pendawaian dan pemasangan elektrik , penghawa dingin dan telekomunikasi.
- Menyediakan khidmat membekal dan membaik pulih komputer dan telefon bimbit

"EXCELLENT MINDSET MAKE EVERYTHING POSSIBLE"